Thursday, June 27, 2013

PULUT SAMBAL KUALA KEDAH


Kebetulan menghadiri kenduri kahwin sahabat di Alor Setar, kami somi-isteri singgah ke rumah mak mertua adik ke-5 di Kuala Kedah

pelbagai aneka kuih dijamu hingga rambang mata & kecur2 liur tak tau mana yg mahu dijamah dulu
dlm byk2..akak plg suka pulut inti ni..rasanya..mmg tak dpt diluahkan dgn kata2..
mmg mables! mantop gitu!

lain hari jika ada kesempatan kami mau singgah lg ke sana
ada byk planning dlm kepala..

jeng...jeng..jeng...


sambil post photo ni smbil telan liur..aduhai masih terasa2 keenakkan pulut samabal ni huhuhu
melayan kuih sambil berkelah ditepi sawah sambil melihat kambing2 yg comel-lote..syok yu!




SPAGETTI BOLOGNESE 1MALAYSIA


(resepi hentam keromo.bila tekak ngada2 mau western style :p)


Bahan2
1 bungkus spaghetti
1 liter sos tomato puri
4 cmb sos tomato
5 cmb sos cili (optional. aku suka pedas)
2 helai daun bay/oregano @ Italian herbs
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
1 labu bawang besar (dicincang)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
150 gm mentega
400 gm daging kisar
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)

Cara2
- Rebus spaghetti bersama 1 cmb marjerin + 1 cmb besar garam hingga empuk.
-Setelah empuk toskan & ketepikan.

- Panaskan mentega & tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu.
- Masukkan kesemua jenis sos dan daun bay/oregano @ Italian herbs.
- Masukkan daging, gula dan garam.
- Biarkan daging masak. Jika terlalu pekat masukkan sedikit air.
- Akhir sekali masukkan cendawan butang.
- Gaul rata hingga cendawan masak.

Dah siap pun.mari makannnnn jommmm...!!
( o ye if nk cepat beli jek sos pasta..Italian herbs dh tersedia di dlm tu)


SIAKAP 3 RASA

Bila sebut siakap pasti terkonang2 resepi 3 rasa nye kan..? akak kadang2 buat stim aje..tapi kali ni terajin nak buat 3 rasa..


SIAKAP 3 RASA VERSI KAK JADE@TINI

Bahan2

seekor ikan siakap (digoreng tepung)
7 tangkai cili api
2 tangkai cili besar
3 tangkai cili kering
2 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
1 batang serai
sedikit halia (optional)
kesemua bhn2 dia tas dikisar

perahan lemon
garam secukup rasa

Cara2
- goreng bahan2 kisar di atas api hingga naik bau
- taburkan perahan lemon
- angkat & taburkan diatas ikan
- mmg pedas berapi resepi kak Tini ni hehehe


BROKOLI BIJAN KAK JADE


resepi orang malas..untuk rasa kelainan akak taburkan sedikit minyak bijan. wangi dan membangkit selera gitu.


- rebuskan air yg dicampur garam
- masukkan brokoli sebentar (jgn terlalu layu)
- kacau2 & taburkan minyak bijan
- angkat & hidangkan

ASPARAGUS PEDAS BELACAN


(nk goreng kangkung xde so asparagus pun boleh lah)


ASPARAGUS PEDAS BELACAN

Bahan2
segenggam asparagus
3 ulas bawang putih + merah (dihiris)
sedikit udang
5 tangkai cili besar (ditumbuk kasar)
3 tangkai cili api (ditumbuk kasar)
perasa ayam knorr/cukup rasa
belacan
garam secukup rasa
secubit gula

Cara2
- tumiskan bawang putih + merah
- bila bawang naik bau nya, masukkan cili tumbuk dan goreng hingga naik minyak
- kemudian masukkan udang, belacan
- kacau rata, akhir sekali masukkan asparagus
- angkat dan hidangkan


IKAN PERCIK BERAPI



IKAN PERCIK BERAPI


(hah amik ko kemain ganas nama resepi ni..bkn nye apa sbb ditaruk cili api makanya jd lah pedas berapi hehe)

Bahan2
5 tangkai cili api (dikisar)
5 biji cili masak (dikisar)
10 biji cili kering (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
3 ulas bawang merah (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cubit pes tomyam
1 peket santan (jika mau kurangkan kuantiti santan pun boleh)
1 cm halia
2 cm kunyit hidup
5 helai daun limau purut
sedikit garam
perahan lemon
daun pisang (utk membakar/panggang)

Cara2
-masukkan ikan, bhn2 giling & santan di dlm periuk
-masakkan dgn api sederhana
- setelah mendidih, angkat & masukkan ke dlm daun pisang
- masukkan perahan lemon & balut.
- panggang seketika hingga naik bau
-angkat & hidangkan.


BAWAL STIM





oh sila jgn stim melihat BAWAL yg telah dicaca-merba oleh pelbagai aksesori nya yea. ihiks


BAWAL STIM

Bahan2
sekor ikan bawal
bawang merah (dimayang & digoreng perang)
halia (dihiris nipis)
brokoli
daun salad
3 biji cili besar (dihiris nipis)
1 biji tomato (utk hiasan)
minyak zaitun
perahan lemon
garam secukup rasa


Cara2
- stimkan ikan bersama halia selama 25 mins
- angkat taburkan cili besar, bawang merah, brokoli & kukus sebentar selama 2-5 mins
- angkat & perahkan lemon & tabur sedikit bawang merah goreng & minyak zaitun

- sedap dihidang bersama air asam @ cili api kicap